Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada 1987. Merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan yang dulu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Rumah Pangsa. Sekolah ini berada di bawah Flat DBKL Sri Sabah di tingkat bawah. Sekolah ini juga di kenali sebagai Sekolah flat. Setelah beberapa tahun beroperasi sekolah ini telah bertukar nama untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa kepada Sekolah Kebangsaan Batu 3 ½ .
Pada tahun 2000 , sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang berada pada kedudukkan yang berada di bersebelahan dengan bangunan Perumahan DBKL Sri Sabah Blok 68. Setelah bertukar ke bangunan baru sekolah ini sekali lagi bertukar dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Cheras.

Monday, 27 October 2014

Logo Sekolah


Sek. Keb. Bestari                 :      Nama Sekolah.
1950                                       :     Tahun sekolah ditubuhkan.
Usaha Tangga Kejayaan     :     Pagangan motto sekolah.
Segulung Ijazah                   :     Bercita-cita berjaya belajar ke peringkat universiti.
Tiga Bulatan                        :     Perpaduan bangsa.
Kancil                                   :     Kecerdikan.
Kuning                                 :     Taat kepada raja, agama, dan negara.
Biru                                      :     Cinta akan tanah air.
Merah                                  :     Keberanian dan kecekalan.
Ungu                                    :     Setia kawan dan berakhlak mulia.

Doa Sekolah

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur pada-Mu Ya Allah atas segala limpah kurnia nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Ya Allah, jadikanlah segala nikmat yang telah Engkau kurniakan itu sentiasa berpanjangan buat kami.

Ya Allah, pada pagi yang mulia ini, kami memohon pada-Mu, Ya Allah, berkatilah hari-hari yang bakal kami lalui. Berikanlah hidayah-Mu kepada kami. Ya-Allah, kami amat mengharapkan pertolongan-Mu. Tenangkanlah hati dan fikiran kami agar kami dapat manfaat sepenuhnya daripada apa yang diajarkan oleh guru-guru kami. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, peliharalah perjalanan kami, perjalanan guru-guru kami, datang dan pulang. Kurniakanlah taufik dah hidayah-Mu kepada guru-guru kami. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami, kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, muslimin dan muslimat yang masih hidup, mahupun yang telah meninggalkan kami.

Pautan


Lagu Sekolah

SEKOLAH KU MAJU JAYA
INDAH SUASANA CERIA
WARGA NYA RAJIN
TEGUH BERDISIPLIN
MENDUKUNG VISI MURNI
PELAJARAN DI UTAMA
SUKAN SAMA PENTINGNYA
MAJU DI DALAM PELBAGAI BIDANG
SEKOLAH KU CEMERLANG

SK SERI CHERAS KU TERUS MAJU
GEDUNG MENCARI ILMU
SK SERI CHERAS BANGGAAN
JASAMU KAN DI KENANG
KAMI BERIKRAR BERJANJI
UNTUK MENCURAH BAKTI
DEMI NEGARA
BANGSA DAN AGAMA
MAJULAH TERUS MAJU

Visi & Misi

Visi Sekolah
KE ARAH PENCAPAIAN HASRAT INI KAMI WARGANYA AKAN

MEMASTIKAN PENCAPAIN KOKURIKULUM PELAJARAN SENTIASA CERMELANG

MELIBATKAN SEMUA PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULAM

MEMUPUK SAHSIAN DAN NILAR MURNI DI JIWA SEMUA PELAJAR

MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG TELUS DAN 

TULUS

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN SELAMAT

MENJALINKAN HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA KOMUNITI DAN SEKOLAH


Misi Sekolah

  • Memberikan pendidikan yang 'kamil' kepada setiap murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan kesenian.
  • Menyemarakkan sikap optimis kepada setiap pelajar bahawa mereka berupaya untuk mempertingkat kualiti pembelajaran sepanjang masa.
  • Memperbaiki dan mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran.
  • Mempertingkat kegemilangan pencapaian pendidikan setiap pelajar.
  • Membina dan mewujudkan peluang untuk memperkembang potensi setiap pelajar.

Falsafah Pendidikan Negara

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Pondok Ilmu


SEKOLAH OOHHH SEKOLAH


Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog SK Seri Cheras