Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada 1987. Merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan yang dulu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Rumah Pangsa. Sekolah ini berada di bawah Flat DBKL Sri Sabah di tingkat bawah. Sekolah ini juga di kenali sebagai Sekolah flat. Setelah beberapa tahun beroperasi sekolah ini telah bertukar nama untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa kepada Sekolah Kebangsaan Batu 3 ½ .
Pada tahun 2000 , sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang berada pada kedudukkan yang berada di bersebelahan dengan bangunan Perumahan DBKL Sri Sabah Blok 68. Setelah bertukar ke bangunan baru sekolah ini sekali lagi bertukar dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Cheras.

Monday, 27 October 2014

Falsafah Pendidikan Negara

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

No comments:

Post a Comment